Senarai Nama bersama-sama bukti Rasuah dalam UMNO!! SPRM??

[bakar-chegubard-feb25.jpg]

Mulai, hari ini.. JTM( Jentera Tawan Malaysia ) akan melancarkan perang terhadap SPRM!!
Kami akan dedahkan satu persatu tentang rasuah yang di lakukan oleh UMNO. Kita mempunyai bukti, dan sokongan yang kuat untuk melawan UMNO dan SPRM...

Terang-terang aku cakap, ini baru sikit. Aku mempunyai banyak lagi bukti yang ingin di tunjukkan, buat masa ini aku mahu SPRM dan UMNO rasa apa yang aku rasa..

Video Clip yang melibatkan rasuah UMNO akan aku sebarkan!!

Berikut ialah senarai salinan laporan dan bukti berkaitan rasuah yang dimusnahkan sebagai manifestasi rasa kecewa dengan SPRM.

Najib Tun Razak
  • Kes Altantuya
penglibatan Najib terdedah melalui penyiaran sms Najib yang berkomunikasi dengan seorang peguam berkenaan kes Altantuya
bagaimana rekod imegresen Altantuya hilang ?
Kenyataan bersumpah Balasubramaniam yang jelas nyata melibatkan Najib yang tidak di siasat ...
  • Kes pembelian senjata
tercatat sudah dalam laporan audit negara selama 3 tahun bagaimana penyelewengan dan kelemahan urus Kementerian Kewangan menyebab negara rugi berbiliion ringgit
terlibat dalam kegiatan komisyen (ratus juta ringgit) dalam urusan pembelian senjata.
  • Kes melindungi setiausaha politik
merujuk kes rasuah politik pemilihan Umno bahagian yang melibatkan Setiausaha Politik Najib dan penglibatan instrumen Kementrian Kewangan untuk memberikan ugutan kepada calon lawan.Datuk Dr. Shafie (Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Pertahanan)
  • Isu pembelian ahli politik
Fauzi Muda telah membuat akuan bersumpah berkenaan penggunaan wang yang banyak.
pendedahan perbelanjaan melampau Rosmah (isteri Najib) yang melampau di luar negara dan menggunakan kedudukan untuk mengelakan cukai
dokumen mengenai Kerugian KOBENA RM80 juta yang dimana Najib terlibat secara tidak langsung

Rafidah Aziz

  • dokumen berkenaan kes permit import kereta
dokumen kertas siasatan BPR yang diklasifikasi sulit dengan jelas menyatakan Rafidah Aziz bersalah mengagihkan saham milikan bumiputera kepada menantunya. BPR mengatakan Rafidah bersalah dan cadang didakwa. Malangnya kertas siasatan BPR juga mencadangkan jika Rafidah meletakkan jawatan dalam parti ia boleh tidak didakwa dan malang lagi Peguam negara tidak mendakwa kerana campurtangan atasan

Rahim Thambi Chik

  • dokumen kertas siasatan BPR dengan jelas memperincikan bagaimana Rahim mengumpulkan harta yang tidak masuk dek akal kerana mempergunakan kedudukanya sebagai Ketua Menteri. BPR dapati dia bersalah tetapi menyatakan boleh tidak didakwa jika letak jawatan politik.
Dr. Khir Toyo

  • mengarahkan pembelian kereta Mercedes s350 bernilai RM 1juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)
  • membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.

  • dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

  • Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan Bn sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

  • A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get

  • Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).
  • Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
  • Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
  • meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
  • Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
  • Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
  • Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
  • Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
  • Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
  • Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
  • Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
  • Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
  • Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
  • Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
  • Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
  • Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
  • Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
  • Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
  • Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
  • Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
  • Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
  • Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”
  • Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
  • Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
  • Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Abdullah Badawi

  • laporan salah guna kedudukan untuk kepentingan politik oleh Bekas Exco Pemuda Umno, Dato' Mazlan Harun
  • dokumen berkaitan skandal Yayasan Bumiptera Pulau Pinang - RM500 juta
  • penglibatan anaknya melalui Scomi yang meraih kontrak kerajaan dan membuat hubungan perniagaan di luar negara menggunakan pengaruh kerajaan
  • dokumen 'antarabangsa' penglibatan keluarga Abdullah Badawi dalam Oil For Food
  • Skandal ECM Libra
Dr. Mahathir Mohamad

  • skandal VK Linggam
  • skandal perwaja yang mati ditanam bersama Eric Chia
  • dokumen berkaitan skandal bail out
  • selepas George W Bush dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000, Dr Mahathir didakwa terlibat membayar sekurang-kurangnya 5.3 juta ringgit kepada Heritage Faundation bagi melobi sokongan kerajaan Amerika kepada pentadbirannya. Perkara tersebut didedahkan kali pertama di muka depan akhbar harian berpengaruh Amerika, Washington Post, 17 April lalu.
Khalil Yaakop

  • dokumen berkaitan korupsi berkaitan tanah dan balak. Kegiatan rasuah Khalil terlalu jelas sehinggakan untuk menyelamatkan Khalil, dia dilantik menjadi Yang Di Pertuan Negeri Melaka.
  • Tiga laporan rasuah telah dibuat. Nilai rasuah dianggarkan berbilion ringgit. Dan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob dikatakan terbabit. Tetapi yang menjadi persoalannya, ketiga-tiga laporan tersebut tidak sampai ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
Muhammad Muhamad Taib

  • dokumen mengaitkan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila bercerai dengan adik beradik tiri DYMM Sultan Selangor kini. Persoalanya mana Muhammad Taib dapat mengumpulkan harta sebanyak itu ?
  • Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Bagaimana beliau mengumpul wang itu?
  • Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.
  • Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan BM Taib di Singapura, iaitu adik kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dengan harga $520,000 pada 1990.

  • Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.
  • Dokumen berkenaan harta melampau bukan perolehan beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail [abang kepada Abdul Ghani Patail-Peguam Negara sekarang]menyebut : “BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15”. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau. Permainan beliau di Selangor amat ketara sekali sehinggakan orang kanan beliau ketika itu DATUK AINI TAIB tersungkur bersama-sama beliau.
Ir. Mohd. Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya)

  • Satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau pada 2001 kerana didapati menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh.
  • Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang oleh kerajaan Bangladesh pada tahun 2007.
  • Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.
  • Menurut pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Silkway Cargo itu, melalui laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007), Bhorer Kagoj (12 November 2007), Daily Star (30 November 2007), Daily Ittefaque (3 Ogos 2007) beliau sememangnya telah menjalankan pemindahan wang secara haram kepada Mohd Zin melalui sama ada setiausaha Mohd Zin, Hasnita binti Ahmad Bastaman (di Maybank, Cawangan Shah Alam melalui akaun nombor 512101058235) mahupun adiknya Mustafa Zain di Maybank, EON Bank dan Public Bank Berhad bagi mengelak sebarang bukti.
  • Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.
  • Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.
  • Manik kini sudah pun dibebaskan pada 10 Disember lalu dengan dikenakan denda sebanyak 50 crore Taka (RM25 juta). Manik juga didapati kes yang masih tertangguh dengan aset yang tidak diisytiharkan berjumlah 150 juta crore Taka (RM 75 juta).
  • Wang tersebut dipercayai dipunyai oleh Tariq Zia dan Arafat Rahman (Coco). Kedua-dua mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleeda Zia.
  • Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.
  • Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang ditandatangani pada 18 September 2000).
  • Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.
  • Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.
  • Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.
  • Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.
  • Mohd Zin juga diketahui bersubahat dengan Badul, seorang yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Bangladesh iaitu Directorate General Forces Intelligence (DGFI). Mohd Zin dipercayai memberi perlindungan kepada Badul yang kini berada di Malaysia.
  • Bersama-sama Badul, Mohd Zin mengendalikan perniagaan pembekalan buruh-buruh Bangladesh ke negara ini yang melibatkan seramai 5000 pekerja yang kini menjadi masalah menyediakan pekerjaan untuk mereka. Mohd Zin dibayar RM20 juta bagi meluluskan pembawaan itu melalui kerajaan Malaysia di atas pengaruh beliau.
  • Sehingga 23 Ogos 2006, KeADILan mendapaat maklumat bahawa Zin dan/atau isteri-isterinya memiliki harta seperti berikut:
a. Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
b. Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
c. Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
d. Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2 UEP Subang Jaya.
e. Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
f. Sebuah kereta Toyota Harrier
g. Sebuah kereta BMW 318i
h. Sebuah kereta Hond CRV
i. Sebuah Volvo S 70
j. Sebuah Porche
k. Sebuah Mercedes E-Class
l. Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi

  • Dato Mohd Zin bin Mohamed juga sudah membuat pengakuan kepada media bahawa apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja ’melobi’
Skandal SPRM / BPR
  • dokumen berkenaan Bekas Pengarah BPR yang terlibat korupsi yang didedahkan oleh bekas pegawai BPR
Ghani Patail, Peguam Negara dan Musa Hassan, Ketua Polis Negara
  • dokumen berkaitan pemalsuan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim
ini setakat carian yang terdapat dalam simpanan. Terlalu banyak lagi dokumen rasuah dan salah guna kuasa yang pernah diserahkan kepada BPR, SPRM mahupun Polis.

Dokumen – dokumen ini melibatkan laporan selaku individu, pemimpin parti dan juga mewakili pertubuhan seperti GERAK, SAMM..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails