PERLU BACA!!! MALAYSIA KINI SUDAH MENJADI TARGET PARA JIHADIST ANTARABANGSA!!!!!!!!!




Previously on Tentera Malaysia di Afghanistan : Mengapa ramai yg tak tahu? :

Negara ini sudah menjadi target para JIHADIST antarabangsa

Nampaknya banyak forum-forum maya antarabangsa sensitif dengan kehadiran Malaysian Army Medical Team di Afghanistan.

1] Printscreen di atas diambil dari salah satu forum maya para jihadist antarabangsa. Timo kasih kepado kawan yang menyampaikan info mengenai forum maya ini.

2] Dalam forum maya tu, agak-agak apo yg diorg bincangkan? Den ingat cukup la korang baco komen pertamo dalam thread tu. Karang ado yg muntah darah kalau baco keseluruhan thread tu.

3] Komen-komen dalam thread tu dipercayai majoritinya orang Arab sobab yg bagitahu member den ni pun orang Arab gak. Orang Arab yg cakap omputih kot.

4] Apo pun korang cubo tengok ayat yg telah den GARISBIRUKAN tu. Malaysia telah menjadi target baru para jihadist antarabangsa!

5] Den adolah orang yg pro keamanan dan anti kpd keganasan tapi ado muslim di luar Malaysia menggunokan metod keganasan bagi mencapai cita-cita murni mereka. Metod ini ditentang oleh ramai Ulama’ terkemuka dunia termasuk Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

6] Para Jihadist ini tak tahu bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak tahu menahu tentang Army Medical Team yg berado di Afghanistan. Mano kluar dalam paper Utusan dengan TV3 bai. Bilo dalam forum tu cakap Malaysia is a new legitimate target, diorg maksudkan RAKYAT MALAYSIA! Bagi diorg darah kito halal untuk ditumpahkan. Kepalo ayah kau.

7] Sekarang kito patut fikirkan yang terburuk. Kono berfikir dgn serius. Kito taknak diorg datang sini letak bom sana-sini untuk membalas dendam atas kematian rakyat Afghanistan. Kot iye pun apsal rakyat Malaysia yg jadi target. Bukan rakyat Malaysia yg bagi greenlight untuk tentera perubatan kito poie Afghanistan. Bingai boto la diorg ni.

8] Pertamo, den mintak Menteri KDN DS Hishammuddin Tun Hussein amik langkah berjaga-jaga paling maksimum utk memperketatkan langkah keselamatan dalam negara kito.

9] Keduo, PM Najib WAJIB tarik balik tentera kita yg sedang bertugas di Afghanistan dengan SEGERA.

10] Ketigo, para Yb tak kiro PAS, PKR atau UMNO desak PM Najib keluarkan tentera kita dari Afghanistan dengan SEGERA. Bagi kita sebagai individu, bagitahu rakan-rakan anda tentang hal ni supaya diorg dapat ambil tindakan dengan mendesak pihak-pihak berkenaan supaya menarik tentera kita keluar dari Afghanistan.

11] Den nak tanyo korang sekali lagi, Apakejadahnya hantar tentera kita ke Afghanistan untuk membantu tentera Ahzab yg sedang giat membunuh muslim, saudara kita di sana?

Kalau Putrajaya Jatuh , Mungkinkah Mahathir Bunuh Diri ?


Kalau Putrajaya Jatuh , Mungkinkah Mahathir
Bunuh Diri ?

"Kata Dr Mahathir " Melayu hilang kuasa jika Pakatan memerintah " . Daripada apa yang difahami , mungkin kita boleh ulas dari beberapa sudut dan faktor. Sebelum dari itu telahan awal yang boleh diketengahkan , ialah mengapa beliau membuat kenyataan begitu ?. Dan , adakah benar hujah – hujah beliau dalam menyokong pernyataannya itu ?. Pertama , apa yang boleh disentuh sepintas lalu ialah , kebimbangannya yang dilontarkan di akhir usia nya dan di
akhir pemerintahan UMNO/BN di negara ini , ada benarnya. Selama 22 tahun regimnya memerintah , dan selama lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah , Melayu sebenarnya tidak ke mana dalam erti kata kalau dibandingkan dengan lain – lain kaum dan bangsa utama di negara ini dan juga bangsa – bangsa lain di dunia. Melayu hari ini tidak pun boleh dikategori sebagai ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan lain – lain bangsa di negara ini dan juga di dunia. Malang sekali nasib bangsa Melayu.Kedua , adakah kebimbangan Mahathir ini benar – benar didasarkan kepada kerungsingannya akan untung nasib orang – orang Melayu untuk sekurang – kurangnya bagi tempoh 50 tahun lagi ? . Kalau benar lah begitu , ini bermakna Mahathir bukan lah seorang yang layak untuk merasa bimbang. Ini kerana selama 22 tahun pemerintahannya , dan atau selama lebih daripada 50 tahun UMNO/BN berkuasa , dan kalau kita ambil satu contoh sahaja , kita bicara dari satu sudut sahaja iaitu ekonomi , maka terserlah lah bagaimana ratusan billion ringgit khazanah negara dibolot olehnya dan anak beranaknya serta kroninya. Dimana duduknya keadaan ekonomi orang – orang Melayu ketika itu dan kini ?.
Hanya umpama 'melukut di tepi gantang' sahaja. Jadi kebimbangan Mahathir konon –
kononya "Melayu hilang kuasa " tidak lebih kepada kebimbangan utamanya bagaimana dengan nasib pemilikan harta oleh beliau , anak – anak beliau , anak beranak dan saudara mara beliau
dan juga kroni – kroni beliau , yang diperolehi secara haram selama ini , samaada dengan cara merompak , mencuri , menyamun khazanah negara ? Adakah nanti kerajaan baru , andainya berlaku pertukaran kuasa di Putrajaya , akan membuat tindakan merampas semua harta dan kekayaan yang dipunggah oleh Mahathir samada yang berada di dalam negara dan
lebih – lebih lagi di luar negara ?Adakah nanti kerajaan baru , andainya berlaku pertukaran kuasa di Putrajaya , akan membuat tindakan memiliknegarakan semua harta dan kekayaan yang dipunggah oleh Mahathir samada yang berada di dalam negara dan lebih – lebih lagi di luar negara ?Sebenarnya itu lah yang sangat merungsingkan Mahathir sejak “melepaskan” kerusi PM sekitar tahun 2003 lalu. Tidurnya sudah tidak lena sejak itu , malah sering tidak berapa sihat kini . Ianya turut sama dirasai oleh sekalian pembesar – pembesar UMNO , seperti Rais Yatim dan tidak oleh lain – lain rakan pakatan dalam BN seperti MCA dan MIC , yang sudah sekian lama dibuli dan dilayan sebagai bangsa kelas kedua , dan hanya menunggu masa sahaja
untuk membunuh UMNO. Sudah acap kali pemimpin – pemimpin utama MCA , MIC
,PPP dan lain – lain komponen BN yang lantang mengkritik UMNO secara terbuka.
Walau apa pun kebimbangan dan kerisauan beliau dengan kejatuhan Putrajaya , yang paling penting ialah rakyat yang untung , sistem yang telah diceroboh dapat dipulihkan , dan hala
tuju baru negara dan rakyat dapat dipulihkan kembali. Adakahkemungkinan – kemungkinan ini akan terjadi , sekiranyanya Putrajaya jatuh ?1. Pemimpin BN yang akan lari ke luar negara Ini
merupakan satu pilihan dan ini adalah pilihan terbaik bagi kebanyakan pemimpin – pemimpin BN , khususnya dan terutamanya dari UMNO. Beberapa pemimpin UMNO yang boleh dimasukkan dalam kumpulan 1 ini ialah bekas – bekas MB dan KM serta Menteri – menteri dan Timbalan – timbalan menteri.Mungkin nama – nama yang boleh disenaraikan dan mendahuluinya ialah Derih Jusoh dari negeri Terengganu Darul Iman , yang dikatakan telah menfaraidkan duit royalti minyak berbillion – billion ringgit semasa pemerintahan singkat nya dari tahun 2004 – 2008. Lain – lain nama ialah Shahidan Kasim MB di sebuah negeri yang miskin tetapi diantara bekas pemimpinnya dilahirkan menajdi kaya raya. Begitu juga dengan
Muhyidin Yassin ketika menjadi MB Johor , yang dikatakan telah menjual
negeri itu kepada Singapura. Khir Toyo juga boleh dimasukkan dalam
senarai ini. Beliau diantara pemimpin UMNO yang berani menunjukkan
kekayaan dengan mempamerkan bangsal buruknya yang berniali RM24 juta. Di
luar negara usah ditanya kekayaan yang dibawa lari. Lain – lain nama
tu tuan/puan boleh senaraikan.Manakala pemimpin –
pemimpin UMNO yang sedia ada , yang juga dikatakan akan lari ke luar
negara dan memohon suaka politik ialah mungkin Musa Aman , yang
dikatakan sedang ditekan Najib untuk melepaskan pemerintahannya di
negeri Sabah. Semasa pemerintahannya beliau dikatakan sempat mengumpul
kekayaan sekitar RM3billion sahaja. 2. Pemimpin BN yang akan bunuh diri
Pemimpin – pemimpin UMNO yang boleh dicalonkan untuk dimasukkan dalam kategori ini ialah Mahathir sendiri. Tidak banyak pilihan untuk dia ini. Lari keluar negara akan menambahkan
kesusahan kepada diri nya , anak – anak yang ditinggalkan dan juga kroni
– kroninya di negara ini. Tidak seperti bekas PM Thailand Thaksin , sebahagian rakyat Thai masih menyanjungnya. Tunggu saja Putrajaya jatuh dan UMNO/BN bukan lagi menjadi kerajaan , masa itu Mahathir akan dikutuk oleh hampir seluruh rakyat Malaysia.
Mendahuluinya ialah mungkin rakyat yang menyokong PR. Kini dan masa ini
rakyat Malaysia , sebahgaiannya masih takut sebab Mahathir masih hidup
dan UMNO/BN masih memegang kuasa. Lain
– lain pemimpin yang dijangka bunuh diri ,samada dengan menggantung
diri dalam bilik, tembak di kepala atau terjun bangunan agak susah untuk
ditelah. Sukar untuk dicari pemimpin dan bekas pemimpin UMNO/BN yang
boleh dikategorikan sebagai jahat , sangat jahat , terlalu jahat dan
kejahatan melampaui tahap munasabah seperti Mahathir. 3. Pemimping BM yang akan menyeberang PR Ada dan malah ramai dikalangan pemimpin –
pemimpin UMNO , khususnya dan lain – lain pemimpin komponen BN yang akan
menyeberang , menyertai samada PAS , PKR ataupun DAP. Tidak mungkin
ramai yang akan kekal dalam UMNO , MCA dan MIC dan lain – lain. Sudah
tidak ada kehebatan dalam UMNO , MCA dan MIC sekiranya Putrajaya
terlepas.Umum sudah jelas , dalam UMNO khususnya masih ramai terdiri dari kenalan dan rakan – rakan DSAI. Malah , sehingga kini mereka ini masih mengkagumi aura DSAI. Kalau
boleh disebut , Shabery Chik walaupun berbuih mulut mempertahankan Pak
Lah suatu ketika dulu , tetapi jangan sekali – kali PKR menolak
sekiranya beliau menyatakan hasrat menyeberang. Antara lainnya , Fuad
Hassan , Suhaimi Ibrahim , Razali Ibrahim , Zahid Hamidi , dan ramai
lagi. Mereka ini diantara pemimpin yang tidak mempunyai pendirian. Matlamat perjuangan mereka ialah perut dan nafsu. Nasib rakyat dan untung marhaen tidak ada dalam
perkiraan mereka.4. Pemimping BN yang tidak akan lari
Tak tau lah siapa yang berani berada di dalam negara di kalangan pemimpin – pemimpin besar UMNO khususnya dan lain – lain komponen BN khasnya. Sudah tidak menjadi rahsia umum lagi, boleh dikatakan hampir keseluruhan pemimpin dan bekas pemimpin UMNO
khususnya , tiada yang tidak terlibat dengan pelbagai jenis jenayah
samada korupsi , rasuah , penipuan , bunuh , rogol dan seumpamanya.Kalau
tanya Rahim Thambi Chik , adakah beliau akan bertahan dan duduk dengan
aman dalam Malaysia , sekiranya sebaik saja Putrajaya jatuh ?. Nota Jangan
sekali – kali kita semua tidak menidakkan apa yang dikatakan oleh
Mahathir. Hakikatnya kini , malah sejak beberapa siri PRU lalu , khusus
nya selepas era reformasi PRU 10 tahun 1999 , hanya dengan menipu dan
mengubah persempadanan sahaja UMNO/BN masih bertahan. Jadi apa yang
merungsingkan Mahathir , pada pengamatan akal dan pemikiran beliau yang
penuh dengan penipuan selama ini , PRU 13 Putrajaya akan jatuh.Terkini
, kerisauan ini turut dikongsi bersama oleh Najib , katanya "rakyat
perlu fikir masa depan' betapa putrajaya beransur – ansur terpaksa dilepaskan dan kalau
terlepas kuasa politik ini nikmat yang dikecapi dalam waktu yang
singkat ini akan lenyap dan hilang begitu saja. Sudah
habis ikhtiar sejak 12 kali PRU diadakan , UMNO dah ketandusan idea.
Menipu Sudah , Menngugut Sudah , Memperalat Sudah , Menceroboh Sudah
, Menghina Pun Sudah , Apa Lagi Yang Tidak , Apa Lagi Yang Tinggal ?"

Satu Malaysia! Satu Penyamun! Satu Judi!!

SATUUUUUUUUUUUUUUU... MALAYSIA... SATUUUUUUUUUUU.. MALAYSIA....SATUUUUUUUUUUU... MALAYSIA.. RAKYAT DIDAHULUKAN.. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.....KINI TERSEBAR LUAS BERITA KONONNYA SEBUAH LAGI KASINO AKAN DIDIRIKAN... KINI DEMI BERLAKU ADIL IANYA AKAN DIDIRIKAN DISABAH PULA....berita ini ditimbulkan di majlis pelancaran Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) semalam.

Kini bakal Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendesak supaya Najib Razak pemimpin kerajaan Umno/BN 1M'sia menafikan atau mengesahkannya....atau adakah beliau akan membuat pengumuman seperti mana isu pemberian lesen judi sukan bolasepak piala dunia baru-baru ini iaitu menunggu maklum balas dari rakyat kebanyakkan dulu.. Nampaknya semenjak diwar-warkan seramai "100" "ulamak" muda masuk Umno lagi rancak kegiatan judi bakal dijalankan oleh kerajaan 1M'sia Umno/BN...Jangan sampai Malaysia terkenal sebagai negara Umat Islam dikalangan OIC MALAYSIA DARUL KASINO......

UMNO PULAU PINANG TGOK NI PULA, DUIT JUDI?? SAPA YANG MEMPERJUDI?

Oleh kerana Umno khususnya Umno Pulau Pinang masih memainkan isu sumbangan hasil judi di Pulau Pinang walaupun telah diberi penjelasan oleh kerajaan negeri dan tokoh agama, penulis mengambil kesempatan utk turut berkongsi maklumat dengan kalian mengenai perkaitan antara UMNO dan JUDI...

Apakah kerajaan Umno layak berbicara mengenai judi? siapakah disebalik tabir terhadap kemunculan dan percambahan aktiviti perjudian dalam negara kita?..sama2 saksikan pendedahan bergambar di bawah...

Artikel penuh tentang 'KOLEKSI UMNO DAN JUDI' bileh lihat di
SINI(wajib tengok!)...wallahua'lam..

1. Syubhah: Rosmah Mansor terima sumbangan cek dari Syarikat berkaitan judi.



Rosmah Mansor menerima replika cek bernilai RM100,000 daripada Timbalan Pengerusi Genting, Tun Haniff Omar pada pelancaran Kempen Hari Pahlawan 2009 di Angkasapuri. Turut hadir Ahmad Zahid Hamidi, Joseph Salang Gandum dan Muhammad Abdul Ghani (kiri). – Bernama

Sumber:
Utusan Malaysia

2. Zaman Mahathir: BAKTI terima cek dari syarikat Genting.



Imbas kembali 16 Ogos 1990 : BAKTI (Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri) melalui isteri Perdana Menteri ketika itu, Tun Hasmah Ali, menerima sumbangan RM 200 000 dari Genting Group.

Sumber:
The Star

3. Pengerusi Umno, Abdullah Badawi menerima sumbangan dari syarikat berkaitan judi, Resort World.





Abdullah Ahmad Badawi mewakil PEMADAM menerima sumbanyak sebanyak RM1.5 juta dari Resort World pada majlis "Kolokium Ke-II Wanita
Pemadam 2003: Pencegahan dadah dan AIDS anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Kebangsaan di First World Hotel" pada tahun 2003..

Sumber:
PEMADAM

4. Zaman Najib: Syarikat judi taja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.



Syarikat judi Sports Toto menderma hasil judi mereka kepada anak-anak yatim yang beragama Islam di dalam Majlis Berbuka Puasa 2010..Perkara ini langsung tidak diambil kisah oleh Umno sebagai kerajaan ketika itu..yang peliknya, Umno melalak 24jam apabila kerajaan DAP Pulai Pinang memberi bantuan menggunakan dana dari syarikat judi, namun membisu dan membuat tidak tahu apabila syarikat judi terang2 menaja majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim Islam...

Sumber:
TheStar

Lagi berita bergambar di bawah (Mesti tengok dan sebarkan!):
-
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

Zaid : PKR akan Jadi UMNO baru???


Ade pemimpin " BARU " meyelar keadilan bahawa PKR akan jadi UMNO!

PKR ni adalah parti yang lemah??

Zaid Kata, pimpinan PKR harus di tukar sebelum totally jadi UMNO??

Aku mmg tak paham dengan Zaid Ibrahim.. Yang totally masih mengulangi tabiat lama dalam UMNO ialah Zaid..

Mintak maaf la Zaid Ibrahim, aku bukan apa, aku hanyalah meluahkan apa yang aku rasa..

Dalam PKR, hampir kesemua anggota dan pemimpin adalah EX-UMNO. apa yang nk di takutkan???

Mereka sudah buang jauh2 dasar umno dalam diri masing2... Manakalah Zaid pula masih lagi berpegang teguh dengan tabiat lama UMNO.. Ini la yang silapnya.. siapa yang bawa tabiat umno dalam PKR??

Aku beri pembayangnya. Kod Etika??

Aku pom tak kisah pkr jadi macam UMNO.. tapi berlainan dasar adalah lebih penting!! Itu adalah matlamat sebenar PKR.. Harapa anda semua paham, jangan pula salah sangka dengan kritikan Zaid Ibrahim..

Beliau adalah pemimpin baru.. perlu banyak lagi belajar... Aku sokong dengan suara lantang Zaid, tapi tak kena dengan caranya..

Tahap Keselamatan di Malaysia masih lagi lemah " YB Zuraida "


Kes pembunuhan Sosilawati dan 3 yang lain adalah mirip kepada pembunuhan Altantuya pada beberapa tahun yang lepas.

Mereka meninggal dunia dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar di Tanjung Sepat, Banting. Manakala altantuya pula di bunuh dgn letupan c4 oleh pegawai polis sendiri.. Ia cukup zalim dan kejam.

Katanya Yb Zuraidah bahawa " peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin ".

Akibat daripada sikap lepas pandang, tak komited dan tiada ketelusan daripada pihak PDRM dalam membuat siasatan dan meyelesaikan kes pembunuhan tersebut amat membimbangkan kita..

Mane dia keadilan dan keamanan yang di janjikan oleh PDRM dan komited mereka dalam melindungi kita..

Saba tahun, kes jenayah dan pembunuhan kejam masih lagi berlaku dan terus meningkat. Dan yang pastinya, jenayah ini pasti akan berulang oleh sebab kegagalan kita memilih kerajaan yang sesuai untuk rakyat..

Kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi harus di bentuk dengan secepat mungkin.

Mungkin PRU 13 kita tawan putrajaya.. Insyaallah, kita aka telus dan adil..!

Pangkah pakatan Rakyat!

Hidup Rakyat!!

Negara Sejahtera!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Lailaha Illallah Wallahu Akbar.
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum . Warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.” (Surah Al Baqarah : 185)

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar” dan Al­lah sahaja Yang Maha Besar.

Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut, “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Al­lah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain.

SELAMAT EID FITRI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails